Sekalung tahniah diucapkan kepada En Mubin Bin Md Nor yang telah dilantik menjadi juri sempena Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Perak. Semoga terus cemerlang En Mubin.
21.11.2025 - Konsert "Genta Irama"
Tahniah diucapkan kepada siswa guru major Pendidikan Muzik Unit Y8 dan Unit B kerana telah bergabung tenaga semasa KOnsert "Genta Irama" di SKPPH Hulu Kinta. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Kesemua siswa guru telah menunjukkan kemahiran yang sangat tinggi semasa membuat persembahan.
14.11.2025 Pameran Anyaman "Seni Anyaman: Tenunan Rasa Anyaman Jiwa" dan Pameran Seni Kontemporari.
Pada 10-14 November 2025 bertempat di Pusat Sumber dan perkarangan Foyer Blok Seri Budiman IPG Kampus Ipoh telah terlaksana satu program anjuran Unit PSV Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh. Program ini diterajui oleh Dr. Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff selaku Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial dan Puan Salzuriawani binti Ridzwan selaku Penyelaras Program yang telah dirasmikan oleh Dr. Hamidah binti Shamsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Program ini melibatkan peserta dalam kalangan pelajar daripada Unit X dan Unit A8 IPG Kampus Ipoh.
Anyaman merupakan warisan seni budaya yang mempamerkan kreativiti, kemahiran tangan, dan identiti masyarakat. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis anyaman kelarai yang menjadi warisan halus seni kraf Melayu, bukan sekadar tenunan fizikal tetapi juga jalinan rasa, jiwa, dan tradisi. Ia membawa pengunjung menyelusuri perjalanan kreatif pelajar dalam mengolah bahan, bentuk, dan warna untuk menghasilkan anyaman yang menggabungkan nilai tradisi serta inovasi kontemporari. Setiap corak kelarai dihasilkan melalui teknik silang-menyilang jalur yang teliti bagi membentuk motif tertentu yang membawa makna, simbol, dan keindahan tersendiri. Pameran ini bertujuan memelihara dan mempromosikan seni anyaman, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan warisan budaya, serta memberi platform interaksi antara pengrajin dan pengunjung, supaya seni anyaman terus hidup dan relevan dalam era moden.
Disediakan oleh:
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
11.11.2025 - Malam Anugerah Perdana
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Gamelan IPGK Ipoh yang tekah terlibat memainkan lagu sempena Malam Anugerah Perdana. Moga kumpulan ini akan terus cemerlang.
5 & 6.11. 2025 - Seminar Pembentangan Penyelidikan Dalam Pendidikan Tahun 2025
26.09.2025 - Persembahan Khas Siswa Guru Muzik dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) diserikan dengan Persembahan Khas Guru Siswa yang memukau, menampilkan bakat seni luar biasa dalam kalangan warga kampus.
Antara guru siswa yang menyerikan pentas ialah Nur Afrina Damia binti Mohd Izwan, seorang guru siswa berbakat besar yang telah mengharumkan nama kampus dan negara melalui pelbagai pencapaian seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan membanggakan beliau ialah:
-
Johan Pertandingan Kombo Kebangsaan
-
Penyertaan dalam Battle of the Band Malaysia
-
Persembahan di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House Antarabangsa
-
Penglibatan dalam Program Astro – The Chosen One
-
Penyertaan dalam Festival Mutiara Seni 2024
-
Penerima Anugerah Citra Seni (Anugerah Khas Pencapaian Tertinggi Kesenian) di Sekolah Seni Malaysia Johor
Turut memeriahkan majlis ialah persembahan mantap kumpulan band yang terdiri daripada guru siswa Unit X Muzik, IPG Kampus Ipoh. Kumpulan ini pernah mencipta sejarah apabila muncul Johan Pertandingan Battle of the Band di Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Genting Highlands pada tahun 2023.
Persembahan khas ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol kebanggaan terhadap potensi dan bakat luar biasa guru siswa IPG Kampus Ipoh yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah menyerlah dalam bidang seni dan persembahan.
“Seni itu jiwa bangsa,
iramanya menyatukan rasa,
bakat yang dipupuk dengan cinta,
melahirkan guru yang berwibawa.”
IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts
Disediakan oleh:
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
26.09.2025 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2024.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada dua warga Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh yang telah menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dan dedikasi luar biasa dalam perkhidmatan pendidikan.
Dr. Siti Hayati binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Jabatan Sains Sosial, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 atas kepimpinan berwibawa, komitmen tinggi serta kecemerlangan beliau dalam memperkasakan jabatan ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah warga kampus. Kepimpinan beliau menjadi inspirasi kepada warga pendidik untuk terus melangkah dengan semangat, integriti dan profesionalisme yang unggul.
Turut diraikan, Dr. Asri bin Che Mat, Penolong Ketua Jabatan Sains Sosial, selaku penerima Anugerah Khas Pembelajaran Berterusan, sebagai pengiktirafan terhadap semangat beliau dalam menuntut ilmu, memperkaya pengetahuan serta memartabatkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga IPG. Dedikasi beliau mencerminkan nilai teras seorang pendidik sejati — sentiasa berusaha menambah ilmu demi kemajuan diri, organisasi dan negara.
Jabatan Sains Sosial menzahirkan rasa bangga dan setulus penghargaan atas pencapaian ini. Semoga kejayaan kedua-dua tokoh ini terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh untuk terus cemerlang dalam amanah dan perkhidmatan.
“Kecemerlangan tidak lahir dari kebetulan,
tetapi hasil dedikasi, ilmu dan keikhlasan.
Tahniah atas anugerah yang penuh makna
simbol jasa, ilmu dan bakti yang tiada tara.”
IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts
Disediakan oleh:
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
12.09.2025 - Penutupan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Semangat patriotisme terus disemarakkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) melalui penganjuran Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan jiwa kenegaraan. Program ini telah diketuai oleh Dr. Siti Hayati binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Jabatan Sains Sosial, selaku jabatan penyelaras sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kampus.
Majlis ini diisi dengan pelbagai acara menarik seperti Montaj Sambutan Aktiviti Bulan Kemerdekaan, Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Sambutan Aktiviti Bulan Kebangsaan, Persembahan Tarian, Live Band, Nyanyian Solo, serta Perarakan Masuk Bendera dan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik yang menggamit rasa cinta dan bangga terhadap tanah air.
Kemuncak majlis disempurnakan dengan Ucapan Penutup Bulan Kebangsaan oleh Yang Berusaha Dr. Murniza binti Muhamad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kampus atas semangat kebersamaan dan komitmen dalam menjayakan sambutan ini. Beliau turut menyeru agar semangat kemerdekaan terus dipupuk dalam kalangan warga pendidik dan pelatih guru sebagai tunjang pembinaan jati diri bangsa.
Majlis ini bukan sekadar penutup sambutan, tetapi simbol kesatuan, semangat perjuangan dan kecintaan yang mendalam terhadap tanah air tercinta, Malaysia.
“Tanah air ini milik bersama,
Di bawah panji Merdeka kita bersatu jiwa.
Semoga semangat patriotik terus membara,
Demi agama, bangsa dan negara.”
IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts
Disediakan oleh:
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
12.09.2025 - Majlis Perhimpunan Organisasi, Majlis Santunan Budi Pn. Asrofah binti Anuas
Dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan, Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Organisasi dan Majlis Santunan Budi Pn. Asrofah binti Anuas, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Pembantu Operasi di jabatan ini.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Dalam ucapan perasmian, beliau merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kekeluargaan yang ditonjolkan oleh warga Jabatan Sains Sosial serta menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan jabatan dalam meraikan insan yang banyak berjasa di sebalik tabir kecemerlangan organisasi.
Turut hadir, Dr. Siti Hayati binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Jabatan Sains Sosial, yang dalam ucapannya menyampaikan penghargaan tulus kepada Pn. Asrofah binti Anuas atas keikhlasan, kesetiaan dan sumbangan beliau terhadap kelancaran urusan jabatan. Beliau menegaskan bahawa kecekapan dan kesantunan Pn. Asrofah telah menjadi contoh terbaik bagi warga kerja yang lain.
Pn. Asrofah dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa menunaikan amanah dengan penuh komitmen. Keperibadian beliau yang mesra, sopan dan berdisiplin menjadikan beliau disenangi oleh semua rakan setugas. Majlis ini bukan sekadar acara penghargaan, tetapi simbol kasih dan penghormatan warga jabatan terhadap insan yang banyak berjasa tanpa mengira waktu dan keadaan.
Seluruh warga Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Pn. Asrofah binti Anuas atas khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan yang mendatang.
“Budi disemai harum mewangi,
Jasa ditabur kekal di hati.
Walau berpisah arah dan destinasi,
Kenangan bersama tetap abadi.”
IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
08.09.2025 - Program Lawatan Pembelajaran Bermakna “Pendedahan Kepada Teknologi Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran”
Program Lawatan Pembelajaran Bermakna “Pendedahan Kepada Teknologi Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran” telah diadakan pada 08 September 2025 (Isnin). Pelajar yang terlibat ialah pelajar Teras Muzik (Unit A7) bersama 2 orang pensyarah pembimbing Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh iaitu Dr.Asri bin Haji Che Mat dan En.Sahanudin bin Yusof. Program diadakan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang.
04.09.2025 - EKSPRESI KRAF ASAS TEKATAN BENANG EMAS SEMPENA FESTIVAL KRAF PERAK 2025
Seramai 44 orang pelajar Unit X1 dan X2 Elektif Terbuka PSV dan 2 orang pensyarah Pn.Salzuriawani binti Ridzwan dan Pn.Salbiyatun Bt Abd Rashid @ Shaari telah dijemput untuk menghadiri bengkel ekspresi Kraf Asas Tekatan Benang Emas Sempena Festival Kraf Perak 2025 pada 4.09.2025 bertempat di Menara Condong Teluk intan, perak. Hasil dari tekatan berbentuk keychain boleh dibawa pulang oleh peserta.
23.07.2025 - Program Khidmat Masyarakat 2 Tahun 2025 "Warisan Irama Kita"
Sekalung tahniah kepada 10 orang siswa guru Unit Muzik yang telah terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat 2 Tahun 2025 "Warisan Irama Kita" di SMK Ulu Kinta. Kesemua pelajar dan guru SMK Ulu Kinta gembira dengan penglibatan siswa guru Unit Muzik.
23.04.2025 - Bicara Karyawan bersama Dewan Bahasa & Pustaka
14-18.4.2025 - Perkhemahan Bina Insan Guru 2025 Unit A PISMP Ogos 2024 (Siri 2)
Unit Kokurikulu IPGM Kampus ipoh telah menganjurkan Perkhemahan Bina Insan Guru 2025 Unit A PISMP Ogos 2024 (Siri 1) bertempat di Kem Rekseasi Kampung raja Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Seramai 10 orang pelajar Unit A7 (Teras MUZIK) mentee kepada en.Ariputhiran A/L Narayanan dan 4 orang pelajar Unit A8 (Teras PSV) mentee kepada Pn.Salzuriawani binti Ridzwan telah terlibat dalam perkhemahan ini.











.jpeg)
.jpeg)















.jpeg)
.jpeg)









