Semangat patriotisme terus disemarakkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) melalui penganjuran Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan jiwa kenegaraan. Program ini telah diketuai oleh Dr. Siti Hayati binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Jabatan Sains Sosial, selaku jabatan penyelaras sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kampus.
Majlis ini diisi dengan pelbagai acara menarik seperti Montaj Sambutan Aktiviti Bulan Kemerdekaan, Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Sambutan Aktiviti Bulan Kebangsaan, Persembahan Tarian, Live Band, Nyanyian Solo, serta Perarakan Masuk Bendera dan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik yang menggamit rasa cinta dan bangga terhadap tanah air.
Kemuncak majlis disempurnakan dengan Ucapan Penutup Bulan Kebangsaan oleh Yang Berusaha Dr. Murniza binti Muhamad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kampus atas semangat kebersamaan dan komitmen dalam menjayakan sambutan ini. Beliau turut menyeru agar semangat kemerdekaan terus dipupuk dalam kalangan warga pendidik dan pelatih guru sebagai tunjang pembinaan jati diri bangsa.
Majlis ini bukan sekadar penutup sambutan, tetapi simbol kesatuan, semangat perjuangan dan kecintaan yang mendalam terhadap tanah air tercinta, Malaysia.
“Tanah air ini milik bersama,
Di bawah panji Merdeka kita bersatu jiwa.
Semoga semangat patriotik terus membara,
Demi agama, bangsa dan negara.”
IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts
Disediakan oleh:
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh







Tiada ulasan:
Catat Ulasan