26.09.2025 - Persembahan Khas Siswa Guru Muzik dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) diserikan dengan Persembahan Khas Guru Siswa yang memukau, menampilkan bakat seni luar biasa dalam kalangan warga kampus.

Antara guru siswa yang menyerikan pentas ialah Nur Afrina Damia binti Mohd Izwan, seorang guru siswa berbakat besar yang telah mengharumkan nama kampus dan negara melalui pelbagai pencapaian seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejayaan membanggakan beliau ialah:

  • Johan Pertandingan Kombo Kebangsaan

  • Penyertaan dalam Battle of the Band Malaysia

  • Persembahan di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House Antarabangsa

  • Penglibatan dalam Program Astro – The Chosen One

  • Penyertaan dalam Festival Mutiara Seni 2024

  • Penerima Anugerah Citra Seni (Anugerah Khas Pencapaian Tertinggi Kesenian) di Sekolah Seni Malaysia Johor



Turut memeriahkan majlis ialah persembahan mantap kumpulan band yang terdiri daripada guru siswa Unit X Muzik, IPG Kampus Ipoh. Kumpulan ini pernah mencipta sejarah apabila muncul Johan Pertandingan Battle of the Band di Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Genting Highlands pada tahun 2023.




Persembahan khas ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol kebanggaan terhadap potensi dan bakat luar biasa guru siswa IPG Kampus Ipoh yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah menyerlah dalam bidang seni dan persembahan.

“Seni itu jiwa bangsa,
iramanya menyatukan rasa,
bakat yang dipupuk dengan cinta,
melahirkan guru yang berwibawa.”

IPGK IPOH-The Inspiration of Positive and Objective Hearts 


Disediakan oleh:

Mohd Fahrur Rozi bin Ismail
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh
Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1