“PROGRAM EKSPEDISI KEMBARA SENI VISUAL & BICARA SENI” 2024

 Rabu, 17 April 2024 telah telah dilaksanakan satu Program yang diberinama Ekspedisi Kembara Seni Visual & Bicara Seni 2024 d Terengganu. Program ini telah diadakan pada 17-19 April 2024 melibatkan pelajar Teras PSV seramai 24 orang pelajar Unit Y dan 25 orang pelajar Unit A serta 3 orang pensyarah PSV yang diketuai oleh Ketua Jabatan Sains Sosial Dr.Siti Hayati Binti Haji Mohd Yusoff, Puan Salzuriawani Binti Ridwan dan En.Sahanudin Bin Yusof. 

Antara tempat yang dilawati sepanjang program adalah  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu dan pantai Teluk Ketapang. Hari pertama kali telah melawat ke Muzium Terengganu. Manakala untuk hari kedua kami telah melawat ke Pusat Tamadun Islam serta diikuti oleh Program Bicara Seni serta lawatan ke Futuristic Classroom & Galeri Seni yang telah diadakan di IPGM Kampus Dato Razali Ismail. Manakala aktiviti hari terakhir ialah Life Sketching telah di adakan di Pantai Teluk Ketapang.

Antara objektif program adalah:

1. Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada siswa guru bagaimana menguruskan aktiviti di
luar bilik darjah bagi melahirkan kemenjadian murid dalam memperoleh proses pembelajaran
berimpak tinggi.
2. Siswa guru dilatih untuk menguruskan aktiviti dan melaksanakan kepelbagaian aktiviti di luar
bilik darjah selain mengawal disiplin kendiri supaya dapat menghasilkan karya seni yang
mempunyai elemen 6C di dalamnya.
3. Melaksanakan aktiviti ekplorasi dan eksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman ekstetik.
4. Siswa guru juga menggunakan pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk menterjemahkan
pengalaman persepsi dan pengalaman estetik dalam berkarya.
5. Menyemarakkan rasa cinta siswa guru terhadap warisan dan menghargai karya seniman tanah
air.
6. Memupuk keyakinan diri dalam kalangan siswa memberi jritikan dan pendapat tentang seni.
7. Memenuhi keperluan MK Apresiasi dan Kritikan Seni Visual (PSVK1152), Pengenalan Sejarah
Seni Barat dan Oriental (PSVK1104), Reka Bentuk Corak dan Rekaan (PSVK3293) dan
Menggambar (PSVK3283).

Diharap aktiviti sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.































Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAMAT DATANG

Sireh pinang di dalam puan
Ambil sehelai dibuat makan
Selamat datamg kami ucapkan
Apa yang baik jadikan tauladan

Selamat Melayari Portal JSS

© Copyright - JSS

Berita Terkini

Pautan Luar

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut