Sabtu, 27 April 2024. Tahniah diucapkan kepada Pn.Salzuriawani Binti Ridzwan di atas pelantikan sebagai tenaga Pengajar bagi Aktiviti pembuatan T-Shirt ikat dan Celup anjuran Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang Kemunting, Perak.
Program ini diadakan dengan tujuan memberikan pendedahan asas melalui aktiviti tidak formal sebagai persediaan golongan belia memulakan kerjaya dalam bidang apa sekalipun termasuk dalam perniagaan yang memerlukan kemahiran.
Sesi pembelajaran pembuatan batik ikat celup telah dikendalikan oleh Puan Salzuriawani, Ketua Unit Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Program ini telah disertai seramai 30 orang belia dalam lingkungan umur 15 hingga 20 tahun.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang serta kolaborasi antara IPGM Ipoh dan agensi lain turut sama diperkukuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan