• ;

21.11.2025 - Konsert "Genta Irama"

Tahniah diucapkan kepada siswa guru major Pendidikan Muzik Unit Y8 dan Unit B kerana telah bergabung tenaga semasa KOnsert "Genta Irama" di SKPPH Hulu Kinta. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Kesemua siswa guru telah menunjukkan kemahiran yang sangat tinggi semasa membuat persembahan.






Kongsi:

14.11.2025 Pameran Anyaman "Seni Anyaman: Tenunan Rasa Anyaman Jiwa" dan Pameran Seni Kontemporari.

Pada 10-14 November 2025 bertempat di Pusat Sumber dan perkarangan Foyer Blok Seri Budiman IPG Kampus Ipoh telah terlaksana satu program anjuran Unit PSV Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh. Program ini diterajui oleh Dr. Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff selaku Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial dan Puan Salzuriawani binti Ridzwan selaku Penyelaras Program yang telah dirasmikan oleh Dr. Hamidah binti Shamsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Program ini melibatkan peserta dalam kalangan pelajar daripada Unit X dan Unit A8 IPG Kampus Ipoh.

Anyaman merupakan warisan seni budaya yang mempamerkan kreativiti, kemahiran tangan, dan identiti masyarakat. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis anyaman kelarai yang menjadi warisan halus seni kraf Melayu, bukan sekadar tenunan fizikal tetapi juga jalinan rasa, jiwa, dan tradisi. Ia membawa pengunjung menyelusuri perjalanan kreatif pelajar dalam mengolah bahan, bentuk, dan warna untuk menghasilkan anyaman yang menggabungkan nilai tradisi serta inovasi kontemporari. Setiap corak kelarai dihasilkan melalui teknik silang-menyilang jalur yang teliti bagi membentuk motif tertentu yang membawa makna, simbol, dan keindahan tersendiri. Pameran ini bertujuan memelihara dan mempromosikan seni anyaman, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan warisan budaya, serta memberi platform interaksi antara pengrajin dan pengunjung, supaya seni anyaman terus hidup dan relevan dalam era moden.

Ucapan perasmian daripada Dr. Hamidah binti Shamsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh 
Perasmian Pameran Anyaman PSVK Unit X & Pameran Seni Arca Unit A8
Tayangan Montaj oleh Unit X dan Unit A
Persembahan istimewa oleh saudara Ahmad Mirza
Penyampaian cenderahati daripada Dr. Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff
Pameran seni anyaman Unit X dan Pameran Seni Arca Unit A

Disediakan oleh:

Mohd Fahrur Rozi bin Ismail
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh

Kongsi:

11.11.2025 - Malam Anugerah Perdana

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Gamelan IPGK Ipoh yang tekah terlibat memainkan lagu sempena Malam Anugerah Perdana. Moga kumpulan ini akan terus cemerlang.



Kongsi:

5 & 6.11. 2025 - Seminar Pembentangan Penyelidikan Dalam Pendidikan Tahun 2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua siswa guru major Pendidikan Muzik Unit X15 dan X16 yang telah membentangkan dapatan kajian mereka dalam Seminar Pembentangan Penyelidikan Dalam Pendidikan Tahun 2025. Pembentangan telah diadakan di Bilik 85 dan 86 Blok Seri Siantan. Tahniah semua.



Kongsi:

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1