Tahniah diucapkan kepada Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGMK Ipoh kerana telah berjaya menganjurkan Iftar Ramadhan bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah (PIAH) IPGM Ipoh. Aktiviti Gotong-royong memasak telah dilakukan bersama-sama dengan pelajar JSS.Antara menu yang dimasak pada hari tersebuat ialah Nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, air dan kurma. Majlis berbuka puasa juga turut diadakan dikalangan pensyarah dan pelajar. Diharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan