Unit PSV telah menganjurkan pembentangan PB selama 2 hari yang melibatkan Unit X bagi kursus PSVK3483dan Unit A8 bagi Kursus PSVK3283& PSVK3293. Pembentangn ini telah berjalan bermula dari pukul 8.00 am - 4.30 pm. Pembentangan ini melibatkan pembentangan apresiasi karya hasil karya dan portfolio.
06.03.2025 - Iftar Ramadhan Jabatan Sains sosial
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGMK Ipoh kerana telah berjaya menganjurkan Iftar Ramadhan bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah (PIAH) IPGM Ipoh. Aktiviti Gotong-royong memasak telah dilakukan bersama-sama dengan pelajar JSS.Antara menu yang dimasak pada hari tersebuat ialah Nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, air dan kurma. Majlis berbuka puasa juga turut diadakan dikalangan pensyarah dan pelajar. Diharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar.
02.03. 2025 - Agihan Bubur Lambuk Di Stadium Perak
Agihan bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan telah dibuat oleh pelajar muzik Unit A7 di perkarangan Stadium Perak mulai jam 4.00 petang. Tahniah kepada semua yang telah terlibat.