06.02.2025 - Lawatan Sambil Belajar Ke Upsi: Persembahan Akhir Kemuncak Seni 2025

Satu lawatan sambil belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dibuat pada hari ini. Ia merupakan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan pengalaman langsung kepada siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Aktiviti ini penting kerana ia membantu mengukuhkan kemahiran, pengetahuan, dan nilai yang relevan untuk profesion perguruan. Pengalaman dan pengetahuan ini perlu bagi menambah kualiti produk sesuatu program latihan guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara ini dianggap penting kerana IPG adalah peneraju utama dalam latihan pendidikan guru yang bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan guru yang berkualiti. Sekalung tahniah kepada Unit Muzik yang telah membawa siswa guru Unit X15, X16 dan sebahagian siswa guru Y8.




Kongsi:

Related Posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1