• ;

20.02.2025 - Bengkel Asas Seni Seramik

Bengkel Asas Seni Seramik telah dijalankan di Dewan Seri Tanjung. Bengkel telah di kelolakan oleh Jabatan Sains Sosial. peserta yang terlibat terdiri daripada 65 orang pensyarah dan AKP. Tahniah kepada semua yang telah menyertainya.








Kongsi:

18.02.2025 - Taklimat Guru Pembimbing Unit W

Taklimat kepada guru pembimbing Unit W untuk elektif Muzik telah dijalankan menggunakan platform google meet. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Asri Bin Hj Che Mat. Semoga taklimat ini memberi panduan bermanfaat kepada semua.




Kongsi:

12.02.2025 hingga 14.02.2025 - Kembara Visual dan Bicara Seni 2025

Telah diadakan program Kembara Visual & Bicara Seni 2025 bertempat di Pusat Kraftangan Kota Bharu yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. 

Peserta yang terlibat dalam program ini ialah pelajar yang mengambil kursus Teras Pendidikan Seni Visual Ambilan Ogos 2022-Julai 2027 dan 4 orang pensyarah PSV. Semoga program sebegini dapat memberi manfaat kepada pelajar.








Kongsi:

06.02.2025 - Lawatan Sambil Belajar Ke Upsi: Persembahan Akhir Kemuncak Seni 2025

Satu lawatan sambil belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dibuat pada hari ini. Ia merupakan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan pengalaman langsung kepada siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Aktiviti ini penting kerana ia membantu mengukuhkan kemahiran, pengetahuan, dan nilai yang relevan untuk profesion perguruan. Pengalaman dan pengetahuan ini perlu bagi menambah kualiti produk sesuatu program latihan guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara ini dianggap penting kerana IPG adalah peneraju utama dalam latihan pendidikan guru yang bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan guru yang berkualiti. Sekalung tahniah kepada Unit Muzik yang telah membawa siswa guru Unit X15, X16 dan sebahagian siswa guru Y8.




Kongsi:

Berita Terkini

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1