Jumaat 13 Oktober. Program yang telah berlansung di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar menarik penyertaan dari sekolah-sekolah menengah dan rendah Daerah Kuala Kangsar, siswa guru IPGK Ipoh, Kolej Komuniti Chenderoh, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.
Kem ini bertujuan memberi pendedahan tentang hasil karya pelbagai bidang yang mempamerkan budaya kesenian negeri masing-masing khususnya Perak Darul Ridzuan. Tema berkaitan identiti Kuala Kangsar yang diterjemahkan dalam pelbagai hasil karya yang dilihat memberi impak besar dalam kalangan peserta yang terlibat.
Program ini telah disertai oleh 24 orang siswa guru yang terlibat sebagai fasilitator dan juga peserta pameran. 3 orang pelajar IPGK Ipoh telah memenangi persembahan karya terbaik dengan membawa pulang sijil dan cenderahati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan