Rabu 11 Mei. Bengkel Pembugaran PBD (Kumpulan 1). Bengkel Pembugaran PBD untuk Unit V dilaksanakan oleh JK PBD IPGKI. Tujuan program adalah untuk memantapkan kefahaman pelajar berkaitan Pelaksanaan PBD sebelum mereka keluar berpraktikum pada Jun 2022. Sejumlah 9 unit pelajar Unit V1 hingga V9 mengikuti latihan intensif bermula 8-30 pagi hingga 5.30 petang. Slot 1- Aktiviti dan instrumen PBD disampaikan oleh Hjh Noor Hasiah Sulaiman dan slot Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) disampaikan oleh En. Aziz Shamsuddin. Sejumlah 14 orang JU PBD menjadi fasilitator dan mengendalikan sesi perbengkelan. Pada sebelah petang 9 kumpulan wakil setiap unit telah melaksanakan pembentangan KMR dan Instrumen pentaksiran PBD.
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan