Jumaat 13 Ogos. Program Makna Merdeka dalam Kalangan Generasi Muda telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Budaya IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebudayaan dan Kesenian serta Perpustakaan Desa Zon 4 Perak. Seramai 91 orang menyertai program ini yang melibatkan guru pelatih dan staf Perpustakaan Desa Zon 4 Perak. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna kepada para peserta supaya menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai jati diri dan cintakan negara. Tahniah dan ucapan syabas kepada Dr. Mohamed Jefferi bin Mat Lazim kerana menjadi penceramahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan