Tahniah diucapkan kepada pelajar Muzik unit B14 iaitu KUMPULAN SUWARA kerana telah terlibat dengan majlis apresiasi dan penyampaian sijil tamat pra sekolah di dewan Seri Melati. Dibawah bimbingan Dr Asri Che Mat.
01.01.2025 - PENULISAN ARTIKEL BERIMPAK TINGGI
Tahniah diucapkan kepada Dr Jayakumary a/p Marimuthu kerana telah berjaya menerbitkan Sebuah artikel ilmiah berimpak tinggi yang diterbitkan di Jurnal Sejarah, Universiti Malaya. Artikel tersebut bertajuk Langkah-langkah dalam Pembanterasan Kegiatan dan Perdagangan Candu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1911-1920.
Artikel ini mengkaji langkah-langkah kerajaan British dalam menangani kegiatan dan perdagangan candu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu antara tahun 1911-1920.