Rabu 27 Disember. Taklimat Jabatan Sains Sosial akan diadakan di kediakan masing-masing secara dalam talian (google meet). Moga JSS akan menjadi antara sebuah jabatan yang unggul di IPGKI.
MESYUARAT PENYELARASAN PRAKTIKUM
MESYURAT PENYELARASAN PB
Rabu 20 Disember. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Semester Akademik Januari 2024 –Mei 2024 Program Perdana (Sepenuh Masa) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia. Terima kasih kepada semua yang telah hadir.
MESYUARAT JSS KALI KE 6
Jumaat 15 Disember. Mesyuarat JSS kali ke 6 telah diadakan di Bilik Mesyurat Sakura untuk tujuan perancangan jabatan. Tahniah kepada semua yang telah hadir.
PERHIMPUNAN ORGANISASI BULAN DISEMBER 2023 DAN MAJLIS SANTUNAN BUDI
Jumaat 15 Disember. Perhimpunan Organisasi Bulan Disember 2023 dan Majlis Santunan Budi Meraikan Persaraan telah diadakan di Dewan Seri Tanjung bagi meraikan persaraan En . Ng Swee Huat – Pensyarah Unit Pengajian Cina dan Pn. Norhani Bebe binti Altamiah - Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan. Tahniah juga kepada semua penerima surat kenaikan pangkat dari gred DG48 ke DG52 dan gred DG52 ke DG54. Selamat bersara dan tahniah kepada semua yang telah hadir.
PERHIMPUNAN ORGANISASI BULAN DISEMBER & MAJLIS SANTUNAN BUDI
MAJLIS SEND-OFF
Jumaat 1 Disember. Majlis "Send-Off"* Encik Rosli Bin Ngah telah diadakan di Foyer Seri Budiman. Selamat bersara aen Rosli Bin Ngah.
MAJLIS BACAAN YASIN
Jumaat 1 Disember. Majlis Bacaan Yasin mingguan telah diadakan di Perpustakaan IPGKI mulai jam 8.00 pagi. Mudahan semua yang hadir mendaoat rahmatNYA.
GOTONG RORONG JK KECERIAAN
Rabu 29 November. Satu gotong royong yang dianjurkan olej JK Keceriaan telah diadakan di Foyer Blok Sri Angsana & Budiman mulai jam 2 .00 petang. Tahniah kepada semua pensyarah, staff, pekerja swasta serta pelajar Unit A3, A4 & A5 yang telah terlibat.
PAMERAN ROBOTIK SEMPENA LAWATAN ILMIAH DOSEN UNIVERSITAS NEGARI MALANG KE IPGKI
Khamis 23 November. Pameran Robotik telah diadakan di Dewan Seri Tanjung. Seramai 11 orang siswa guru RBT membuat demo robot Rero micro, robot Lego Mindstorm EV3, Robot Penjaga Tanaman, Tabung Microbit, Projek Palang Keselamatan Arduino, Produk Scratch dan produk inovasi Periboard.
KUNJUNGAN BALAS UNIVERSITI MALANG
BENGKEL ASAS REKABENTUK PENGACARAAN
Isnin 20 November. Bertempat di Bilik RBT seramai 28 orang siswa guru Elektif Teras RBT Unit V telah menghadiri Bengkel Asas Reka Bentuk Pengaturcaraan selama 2 hari bermula 21-22 November.
Peserta membuat coding menggunakan 3 perisian iaitu Scratch, Makecod dan Mblock. Mikro pengawal yang digunakan adalah Microbit dan Arduino Uno. Hasil sesi perbengkelan, sejumlah 7 projek animasi dan kuiz dihasilkan menggunakan Scratch. 7 robot penjaga air tanaman dan 5 projek tabung menggunakan microbit, 7 projek palang keselamatan menggunakan microbit dan arduino uno.
Pensyarah Pembimbing adalah Hjh Noor Hasiah Sulaiman dan Ms Sarsvathy a/p Terpari daripada Unit Reka Bentuk dan Teknologi.