Selasa 30 Mac. Kelas amali masakan unit V (RBTS3203) telah diadakan di Bilik Masakan dibawah seliaan Pn Siti Khamariah Binti Rizuwan. Pelbagai jenis kuih muih masakan Malaysia telah dibuat. Tahniah Pn Siti Khamariah dan pelatih unit V kerana kuih yang cantik dan sedap.
MESYUARAT PITO
Selasa 30 Mac. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Kurikulum Ipg (JPPKTPG) Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Institut Pendidikan Guru Malaysia -Bidang Sejarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia. Tahniah semua yang terlibat.
MESYUARAT PERSEDIAAN AUDIT
Jumaat 26 Mac. Mesyuarat Persediaan Audit kali Pertama MS ISO 9001:2015 Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Seri Melati. Pn Hanizah telah mewakili Tn KJ untuk bermesyuarat.
MAJLIS SANTUNAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Jumaat 26 Mac. Majlis Santunan Budi Lambaian Kasih Cik Ng Poi Pick (UPC) telah diadakan di Dewan Seri Tanjung. Selamat bersara Cik Ng Poi Pick.
TAKLIMAT JSS
Rabu 24 Mac. Taklimat JSS telah diadakan di Bilik Seni mulai jam 3.00 petang. Taklimat merangkumi borang Keberhasilan baru dan isu-isu semasa oleh Tn KJ dan pengenalan EOMS oleh Pn Hanizah. Terima kasih untuk taklimat.
TAKLIMAT PBPPP
Isnin 22 Mac. Satu Taklimat PBPPP 2021 telah diadakan di Mini Teater jam 2.30 - 4.30. Kehadirannya ialah KJ dan PKJ. Tahniah semua yang terlibat.
EKSA JSS
Rabu 17 Mac. Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam JSS telah dijalankan mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tgh. Tahniah semua yang terlibat.
PENYAMPAIAN SIJIL
Penyampaian Sijil Penghargaan dan laporan Program Perpaduan Perak 2020 kepada YBhg Datuk Wan Suraya. Program ini telah dilaksanakan oleh NADI dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan IPG Kampus Ipoh pada sepanjang bulan Disember 2020. Tahniah Dr Shanmuga Velu.